Saturday, February 27, 2010

agak terlewat...

Tarikh hari ini sudah pun msuk 13 rabiulawal..mungkin agak terlewat sehari untuk tulis tentang maulidur rasul ni..salam maulidur rasul kepada semua kawan-kawan seperjuangan...terutama kawan2 cgu-cgu sekolah yang sedang baca..

Walaupun..nukilan blog sebelum ni agak merapu ckit..tp dalam merapu2..nukilan kali ni agak serius ckit...
Sebagai seorang saudara sesama islam, saya ingin berkongsi sedikit tentang maulidur rasul ni..semoga dalam hati kita sentiasa ada rasa rindu dan cinta terhadap baginda..usah hanya berselawat dan menyebut namanya pada hari maulud sahaja..kita perlulah sentiasa menyebut nama baginda dan berselawat x kira waktu bila..paling mudah kita amalkan selepas kita solat..ataupun sebelum memulakan perjalanan ke tempat kerja..ataupun sebelum kita melakukan kerja dalam hidup kita seharian. Namun, kita perlu memahami pengakuan bahawa nabi muhammad pesuruh Allah..Disini saya teringat akan kata Dr.Rubiah Pakar motivasi..setiap kali ceramah beliau..Beliau sering menegaskan kalimah syahadah yang kerap kita sebut sewaktu tahiyat akhir dan awal..Beliau, menegaskan jangan hanya kita tau menyebut kalimah syahadah dalam bahasa arab tetapi x tau mendalami maknanya "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi nabi muhammad itu pesuruh Allah"..Beliau juga mengingatkan kita supaya melatih diri kita mengucap dua kalimah syahadah sebelum kita tidur.
Saya sekarang ni masih lg berada di Felda Residence Tekam berdekatan dengan bandar Jengka, Pahang..Malam tadi dalam jam 9, satu slot tentang Kasih Sayang dalam kerjays..yang disampaikan oleh Hj Samad..Sebelum beliau memulakan ceramah, beliau mengajukan soalan..Hari Apakah hari ini?tuan2 dan puan..ada yang jawab hari jumaat ada juga yang jawab maulud nabi..selepas pertanyaan itu, beliau meminta semua peserta berdiri dan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W..rs sayu hati dan aku rasa bersyukur....sebelum beliau mengakhiri ceramah..kami semua dengan berselawat ramai2 sekali lagi..
Oleh itu, kwn2 x kira dimana kita berada..janganlah diagungkan lebih2 artis lain..hanya satu IDOLA kita..iaitu baginda Nabi muhammad S.A.W..dihati kita sentiasa mengingati baginda .kita sama2 cuba mengamalkan sunnah nabi muhammad..
seperti
  • Bangun dimalam hari solat sunat tahajud
  • Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
  • Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh
  • Jaga solat dhuha
  • Bersedekah setiap hari
  • Sentiasa Berwudhu'
  • Amalkan istighfar setiap saat
  • Baca doa sebelum makan dan berhenti sebelum kenyang
Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia
cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga.


No comments:

Post a Comment