Thursday, April 21, 2011

clean our heart
















Dalam kehidupan seharian, kita sebagai manusia tidak akan terlepas dari berjumpa dengan manusia yang lain. Manusia adalah satu ciptaan Allah s.wt yang unik berbeza dengan makluk ciptaanNya yang lain. Kite dikurniakan akal perlulah menggunakan akal kita dengan baik, berguna dan sempurna. kita juga dilantik sebagai khalifah di muka bumi yang nyata ini. dari segi pergaulan sesama rakan, selain daripada batasan pergaulan muhrim dan bukan muhrim, perlu juga dititikberatkan disini bahawa setiap pertuturan, perbuatan dan pemikiran kita menunjukkan siapa diri kita sebenarnya. kita perlu menjaga diri kita dengan sebaiknya. segala apa yang kita buat sentiasa diperhatikan oleh yang Esa,tidak seorang pun dari kita akan terlepas.
cube kita lihat hari ini, manusia bersangka-sangka x kene tempat
sbagai contohnye
MANUSIA SERING BERSANGKA
  • bile kite senyum dikatakan ada udang disebalik batu kalau perempuan senyum pada lelaki dikatakan gatal
  • kalau kita diam dikatakan sombong
  • kalau kita buat kerja lebih dikatakan nak membodek
  • kalau tidak bertanya ada yang mengata nak tunjuk pandai,berlagak
  • orang yg relax dikatakan x buat kije
  • orang pakai baju lawo dikatakan nk tunjuk kaya
  • orang yg mkn byk disangkakan pelahap
  • orang yg mkn sikit dikatakan kedekut
SEDANGKAN............
seseorang itu senyum kerana senyum tu sedekah
seseorang itu diam kerana sedang memikirkan dosa sedia ada
seseorang itu buat kerja lebih kerana amanah n tggungjawab
seseorang itu tidak bertanya kerana sudah ada jawapannya
seseorang yg relax kerjanya sudah selesai pada waktunya
seseorang itu mkn sikit atau banyak kerana bersyukur keatas rezeki yg dikurnia.

itulah
bersihkan lah jiwa kita, ceria2 kanlah diri kita
usah memikir hal org lain yg akhirnya mmbebankan diri sendiri
masalah sendiri tidak selesai sibuk menyelesaikan masalah org lain
jauhkanlah diri kita dari orang yg bersangka buruk
nasihatilah orang yg bersangka buruk supaya bersangka baik
bersangka baik sesama manusia
dapat mengukuhkan tiang agama kita
jagalah hubungan sesama manusia

Firman Allah swt yang bermaksud :" Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentunya kamu merasa jijik dan bertaqwalahh kepada Allah swt, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang". (Surah Al-Hujurat : Ayat 12)

bersihkan lah hati bersihkan lah jiwa

Tuesday, April 19, 2011

apa beza munafik dan hipokrit??

masih lagi terngiang-ngiang ditelinga ini tentang seseorang yang rasanye kurang brpengalaman dan masih cetek ilmu..mengeluarkan kata2 "awak semua ni munafik!!!"..terkejut ak mendengar kate2 tersebut..kate tersebut diluahkan oleh seseorang hamba allah yang masih cetek ilmu kurang pengalaman, masih lagi mentah untuk berkata-kata seperti itu..ak yang seorang cikgu ini terkesima mendengar kata-kata itu ketika memantau program muhasabah diri yang dibuat sewaktu perkhemahan kadet baru-baru ini..sungguh cetek ilmu, bercakap tidak berfikir sedangkan diri sendiri tidak paham apa itu munafik, sedangkan ustaz bagi ceramah pun.. akan meluahkan kata seperti "jangan jadi macam orang munafik"..siapakah kita?layakkah kita nak berkata kepada seseorang itu munafik..
sedangkan maksud munafik itu sendiri dari segi bahasa, munafik membawa maksud berpura-pura. Manakala dari segi istilahnya, nifaq atau munafik ini bermakna golongan yang berpura-pura menjadi Islam atau bergelar Muslim tetapi sebenarnya tindakan, perkataan dan perbuatan mereka adalah bertujuan meruntuhkan Islam,'' contonhya mengaku islam hanya pada mulut tetapi masih lagi melakukan perbuatan yang dilarang Allah, suruhan ditinggalkan..masih lagi meneguk air syaitan, mulut apabila ditanya agama apa?jawapan masih lagi agama islam, tetapi perbuatan tingkah laku, gaya hidup tidak menunjukkan islam, masih mnunjukkan kekufuran kepada Allah


NIFAQ/MUNAFIK
MAKSUD

Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
berdusta apabila bercakap

khianat apabila diberi amanah
bersikap melampaui batas apabila bertengkar

selalu mungkir janji

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT NIFAQ


meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
bercakap benar apabila berbicara
bersifat jujur dan amanah

menunaikan janji

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAQ
menghilangkan sikap percaya-mempercayai
melemahkan perpaduan masyarakat
menghancurkan kekuatan umat islam



Bagaimana pula denga hipokrit?

hipokrit dan munafik apa bezanya??dari segi bahasa nampak macam sama..hipokrit jika digunakan dalam istilah munafik, munafik bermaksud hipokrit terhadap agama
hipokrit bermaksud mengeluarkan kata-kata atau kepercayaan yang x tetap pendirian, hidup berpura-pura x seperti yang digambarkan..depan cakap lain, belakang cakap lain..depan tunjuk baik belakang pijak semut pun x mati..orang yang bercakap tentang dirinya tetapi tidak seperti yang diperkatakan..




Tapi adakah hipokrit perlu ada dalam diri seseorang untuk berjaya dalam hidup??

syukur alhamdulillah

syukur alhamdulillah...

sedar2 x sedar dh hmpir sthun x bukak blog..arini tibe2 rs nk tulis kt blog

dunia2..

cerita pasal sekolah........

pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun aku menjadi seorang guru sekolah menengah dan masih lagi mengajar pelajar2 upper form, tahun 2009..ak diberi kepercayaan untuk mengajar pelajar tingkatan 4, masa itu terPK gak layak ke ak ni nak ajar budak besar2, tp dh diberi mencuba la buat kali pertama tetapi memag agak payah ckit bile dgn budak besar2 ni mcm2 hal kene hadapi, pelajar2 kene wat mcm kawan,x bleh garang sangat x bleh straight sangat, sambil2 tu ak tye2 jugak lak kt cgu2 yang lebih berpengalaman mcm mane nak ajar topik ikut topik dengan baik dan lebih mudah, alhamdulillah cgu2 kat sekolah x pernah yang kedekut ilmu cume jangan wat bodoh sombong jelah, alamatlah satu benda x dapat..

tahun 2010..ak diberi kepercayaan lagi sekali untuk mengajar pelajar tingkatan 5, dari kelas yang same 2009..memang agak stress ckit mengajar, banyak perkara perlu dititikberatkan, maklumlah dorang akan mnduduki SPM tahun itu, so dalam mase yang same, ak kene wat cek list pelajar mane yang ak bleh push untuk dapat A+ dan pelajar mane yang ak boleh luluskan, banyak pengorbanan masa utk bersuka ria..alhamdulillah tahniah wat pelajar 5 Akaun 1 lulus 95% dari 81%, ada yang dulu hanya dapat gred B dapat gred A..keputusan mereka amat memberansangkan, manakala kelas 5 seni 1 pula, 12 orang pelajar yang lulus math..berbanding sebelumnya yang hanya sorang sahaja lulus..alhamdulillah syukur


tahun 2011 sekarang


tahun ni pula ak diberi kepercayaan untuk mengajar kelas yang depan kelas 5A2,4sc1, 4A1 dan satu kelas belakang 4A8..pada mulanya igtkan mudah mengajar sebab dapat kelas depan rupe2nye payah juga banyak kerenah dari kelas belakang..mm ntahla

Syukur alhamdulillah


tahun ini juga pada 13 mac yang lalu,ak sudah bergelar sebagai tunangan orang, sudah sebulan pun,ada rs kelainan ble dah ade gelaran tu, banyak perkara yg nk lakukan perlu pk trlebih dhulu baru buat, jika dlu wat sukati je, tapi ntahla ble dah de title tunangan ini terbatas ckit prgerakan, kene inform mane pegi,wat apa dsbnya

mmmm.....


tapi x kisahla...bak kate kak D, waktu tunang adlah langkah pertama sblom brgelar isteri, belajar knal dan faham antara satu same lain dgn lebih rapat, segala rahsia yang trpendam yang dlu simpan, ckit demi sdikit perlu dikongsi supaya tiada masalah hubungan selepas bernikah nanti..huhu


tapi wlupun sudah bertunang batas2 agama masih perlu dijaga kerana tunang x same dengan nikah