Monday, September 7, 2009

puasa ke x?ehh..saya puasa la

Tiba-tiba td ak teringat nak menulis psl kes org x puase..tbe2 ak trigt ari jumaat aritu nye crite..ak ngan mbe gi la mahkamah majistret nk angkt sumpah untuk jd lantikan pegawai kerajaan.. .on the way nk blik..sdg kami asyik berjalan-jalan ke parking krete luar mahkamah tu..tibe2 dtgla dua mamat ni biasela kco kitorg kan..kitorg xla heran sgt..yg membuatkan ak trbliak mate ms tu..kot ye pun nk tekel..jgn tunjukkan diri tu x puase..dpn2 kitorg ni bleh minum air tin milo..terang2 memang melayu..tp x tau la..'MELAYU ' saje kot. x taula pe nk jd masyarakat sekarang...
kalau kita baca berita dalam surat khabar pun ade suami isteri yang kene tgkp x puasa mkn di kdai cina..alasannya pasal x sahur?..ish..alasan mcm budak2..kalau budak2 blehla terima.itu yang kene tgkp..byk lg sebenarnya masyarakat yang beragama ISLAM x puase..ikutkan pengalaman dengar cite membe yang bekerja 'UP' ckit la dari ak..critanya menyatakan ramai kawan-kawan sebangsa seagama satu ofis x puase..bleh pesan memesan makanan pada orang cina..truknye dorg ni..
Bukannye truk sangat nk puase kan..anak buah ak umur tiga tahun pun boleh puase...nk kate syaitan khasut..syaitan kene ikat..mungkin didikan syaitan sebelum ramadhan kot msih terlekat..renung2 kan..

Saturday, September 5, 2009

seronoknya tadarus..

Apakah konsep bertadarus yang betul..masih lagi ada sebilangan/ segelintir masyarakat tidak faham akan konsep bertadarus..macam-macam pendapat sudah didengari ada yang menyatakan bertadarus ini bertujuan mencepatkan bacaan al-quran supaya dapat khatam al-quran sebelum abis bulan ramadhan...
Sebenarnya tadarus bermaksud membaca al-quran dalam kumpulan mengikut giliran bacaan..setiap ahli dalam kumpulan tadarus sama-sama mendengar dan menyemak bacaan rakan yang sedang membaca..bukannnya membentuk satu kumpulan tadarus kemudiannya membahagi-bahagikan juzuk/ muka surat dan masing-masing membacanya dirumah tanpa ada penyemaknya..
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Saidatina Fatimah radhiallahu‘anha berkata:

“Sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah untuk memperdengarkan
bacaannya kepada Rasulullah setiap tahun sekali. Dan Jibril telah melaksanakan
yang demikian pada tahun Nabi wafat, dua kali”.

Sedangkan rasulullah membaca al-quran pun ada malaikat yang datang menyemaknya apatah lagi kita..
Konsep bertadarus yang betul:-
  • Membaca al-quran secara bertadarus, niatnya mempelajari.
  • Bukan berlumba-lumba untuk khatam Al-Quran dengan cepat.
  • Membaca dengan niat kerana Allah SWT untuk mendekatkan diri kepadaNYa
  • Membaca mengikut tertib surah, juzuk dalam Al-Quran

Terdapat beberapa kebaikan bertadarus ini:-
  1. Bacaan Al-Quran kita dari segi tajwid akan dibetulkan.
  2. Kita membantu rakan-rakan lain membetulkan bacaan mereka.
  3. Kita menimba ilmu dan berkongsi ilmu sesama rakan kita.
  4. Memupuk muafakat dengan masyarakat.