Thursday, April 21, 2011

clean our heart
















Dalam kehidupan seharian, kita sebagai manusia tidak akan terlepas dari berjumpa dengan manusia yang lain. Manusia adalah satu ciptaan Allah s.wt yang unik berbeza dengan makluk ciptaanNya yang lain. Kite dikurniakan akal perlulah menggunakan akal kita dengan baik, berguna dan sempurna. kita juga dilantik sebagai khalifah di muka bumi yang nyata ini. dari segi pergaulan sesama rakan, selain daripada batasan pergaulan muhrim dan bukan muhrim, perlu juga dititikberatkan disini bahawa setiap pertuturan, perbuatan dan pemikiran kita menunjukkan siapa diri kita sebenarnya. kita perlu menjaga diri kita dengan sebaiknya. segala apa yang kita buat sentiasa diperhatikan oleh yang Esa,tidak seorang pun dari kita akan terlepas.
cube kita lihat hari ini, manusia bersangka-sangka x kene tempat
sbagai contohnye
MANUSIA SERING BERSANGKA
  • bile kite senyum dikatakan ada udang disebalik batu kalau perempuan senyum pada lelaki dikatakan gatal
  • kalau kita diam dikatakan sombong
  • kalau kita buat kerja lebih dikatakan nak membodek
  • kalau tidak bertanya ada yang mengata nak tunjuk pandai,berlagak
  • orang yg relax dikatakan x buat kije
  • orang pakai baju lawo dikatakan nk tunjuk kaya
  • orang yg mkn byk disangkakan pelahap
  • orang yg mkn sikit dikatakan kedekut
SEDANGKAN............
seseorang itu senyum kerana senyum tu sedekah
seseorang itu diam kerana sedang memikirkan dosa sedia ada
seseorang itu buat kerja lebih kerana amanah n tggungjawab
seseorang itu tidak bertanya kerana sudah ada jawapannya
seseorang yg relax kerjanya sudah selesai pada waktunya
seseorang itu mkn sikit atau banyak kerana bersyukur keatas rezeki yg dikurnia.

itulah
bersihkan lah jiwa kita, ceria2 kanlah diri kita
usah memikir hal org lain yg akhirnya mmbebankan diri sendiri
masalah sendiri tidak selesai sibuk menyelesaikan masalah org lain
jauhkanlah diri kita dari orang yg bersangka buruk
nasihatilah orang yg bersangka buruk supaya bersangka baik
bersangka baik sesama manusia
dapat mengukuhkan tiang agama kita
jagalah hubungan sesama manusia

Firman Allah swt yang bermaksud :" Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentunya kamu merasa jijik dan bertaqwalahh kepada Allah swt, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang". (Surah Al-Hujurat : Ayat 12)

bersihkan lah hati bersihkan lah jiwa