Tuesday, July 21, 2009

PEREMPUAN ACUAN AL-QUR'AN

(Istimewa khusus buat puteri-puteri Hawa kesayangan Adam)

Bersabda Rasulullah SAW:

"Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah."

Perempuan yang aku sayangi

Adalah pencinta agama Tuhannya

Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap

Terus menguasai perjalanan kehidupannya

Dari waktu ke waktu

Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui

Adalah yang di mata dan wajahnya

Terpancar sinar nur Ilahi

Lidahnya basah dengan zikrullah

Sentiasa muraqabah

Setiap waktu sibuk membaiki diri

Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai

Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi

Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya

Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti

Muhasabatunnafsi dilakukan selalu

Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai

Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah

Tika aku di sana dilamar duniawi

Hadirnya memperkasa Akhiratku

Sewaktu aku alpa dan leka

Lembut manjanya mentazkirah diri

Di kala aku disapa bahana

Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi

Yang bersyukur pada apa yang ada

Yang bersabar pada apa yang tiada

Cinta pada hidup yang sederhana

Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai

Menjadi dian pada dirinya sendiri

Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku

Yang bakal dilahirkan

Untuk menyambung perjuanganku

Menegak kalimah Allah nan qudus

Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi

Adalah wanita yang luhur haqiqi

Muslimah yang setia sejati

Mu'minah yang taat pada Ilahi

INDAHNYA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

LELAKI ACUAN AL-QURAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

BRAVE URSELF TO FACE PROBLEM

sesuatu usaha yang membanggakan orang lain secara tak langsung dapat menghampakan orang lain.......kadang2 kehidupan ini sukar untuk kite tafsir, kejayaan yang kita capai mungkin ade yang boleh terima, namun sebilangan orangh x dpt terima...x kira di mana jua,kadang-kadang kawan sebelajar boleh jadi musuh, kawan sekerja boleh jadi musuh, mcm2 lah..so sebenarnye x kirala kite dimana pun, di tempat kerja pun..ada mata yang memandang, kerana semua manusia yang dilahirkan di muka bumi ini dikurniakan sepasang mata untuk melihat, sepasang telinga untuk mendengar dan lidah untuk berkata..cuma cara kita gunakan anugerah yang diberi kene betul pada tempatnya. dalam kehidupan zaman sekarang ini, kalau kita lihat tudung macam-macam fesyen wardinalah, samarinda, ekin lah, CT, manjalara macam2 jenis tudung ade, kalau kite tgk kt psr, mane2..sume promosi tudung nama mcm2..bgitu juga manusia, kita perlu tahu ragam manusia, ada yang x boleh tengok orang berjaya ckit, mesti nak cari kesalahan orang lain..tapi kita kalau jumpa orang yang macam tu kite kene tegas, tetapkan pendirian kita..kalau benda yang salah ditegur kita terima teguran..jangan menganggap diri kita sentiasa betul..kalau orang dengki x suke kt kita, biarkan lah sebab die ada hak...setiap manusia mempunyai hak untuk berperasaan macam tu, tapi ada batasan ye kawan-kawan..so, inilah yang badteacher hadapi skang kt skol, x tahulah...trime sbagai pengalaman yang boleh mematangkan kita..
DUNIA DUNIA...akhir kata BRAVE URSELF TO FACE THE PROBLEM