Thursday, April 21, 2011

clean our heart
















Dalam kehidupan seharian, kita sebagai manusia tidak akan terlepas dari berjumpa dengan manusia yang lain. Manusia adalah satu ciptaan Allah s.wt yang unik berbeza dengan makluk ciptaanNya yang lain. Kite dikurniakan akal perlulah menggunakan akal kita dengan baik, berguna dan sempurna. kita juga dilantik sebagai khalifah di muka bumi yang nyata ini. dari segi pergaulan sesama rakan, selain daripada batasan pergaulan muhrim dan bukan muhrim, perlu juga dititikberatkan disini bahawa setiap pertuturan, perbuatan dan pemikiran kita menunjukkan siapa diri kita sebenarnya. kita perlu menjaga diri kita dengan sebaiknya. segala apa yang kita buat sentiasa diperhatikan oleh yang Esa,tidak seorang pun dari kita akan terlepas.
cube kita lihat hari ini, manusia bersangka-sangka x kene tempat
sbagai contohnye
MANUSIA SERING BERSANGKA
  • bile kite senyum dikatakan ada udang disebalik batu kalau perempuan senyum pada lelaki dikatakan gatal
  • kalau kita diam dikatakan sombong
  • kalau kita buat kerja lebih dikatakan nak membodek
  • kalau tidak bertanya ada yang mengata nak tunjuk pandai,berlagak
  • orang yg relax dikatakan x buat kije
  • orang pakai baju lawo dikatakan nk tunjuk kaya
  • orang yg mkn byk disangkakan pelahap
  • orang yg mkn sikit dikatakan kedekut
SEDANGKAN............
seseorang itu senyum kerana senyum tu sedekah
seseorang itu diam kerana sedang memikirkan dosa sedia ada
seseorang itu buat kerja lebih kerana amanah n tggungjawab
seseorang itu tidak bertanya kerana sudah ada jawapannya
seseorang yg relax kerjanya sudah selesai pada waktunya
seseorang itu mkn sikit atau banyak kerana bersyukur keatas rezeki yg dikurnia.

itulah
bersihkan lah jiwa kita, ceria2 kanlah diri kita
usah memikir hal org lain yg akhirnya mmbebankan diri sendiri
masalah sendiri tidak selesai sibuk menyelesaikan masalah org lain
jauhkanlah diri kita dari orang yg bersangka buruk
nasihatilah orang yg bersangka buruk supaya bersangka baik
bersangka baik sesama manusia
dapat mengukuhkan tiang agama kita
jagalah hubungan sesama manusia

Firman Allah swt yang bermaksud :" Hai orang-orang yang beriman jauhilah kebanyakan prasangka buruk, sesungguhnya sebahagian dari prasangka buruk itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang daripada kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati, maka tentunya kamu merasa jijik dan bertaqwalahh kepada Allah swt, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang". (Surah Al-Hujurat : Ayat 12)

bersihkan lah hati bersihkan lah jiwa

Tuesday, April 19, 2011

apa beza munafik dan hipokrit??

masih lagi terngiang-ngiang ditelinga ini tentang seseorang yang rasanye kurang brpengalaman dan masih cetek ilmu..mengeluarkan kata2 "awak semua ni munafik!!!"..terkejut ak mendengar kate2 tersebut..kate tersebut diluahkan oleh seseorang hamba allah yang masih cetek ilmu kurang pengalaman, masih lagi mentah untuk berkata-kata seperti itu..ak yang seorang cikgu ini terkesima mendengar kata-kata itu ketika memantau program muhasabah diri yang dibuat sewaktu perkhemahan kadet baru-baru ini..sungguh cetek ilmu, bercakap tidak berfikir sedangkan diri sendiri tidak paham apa itu munafik, sedangkan ustaz bagi ceramah pun.. akan meluahkan kata seperti "jangan jadi macam orang munafik"..siapakah kita?layakkah kita nak berkata kepada seseorang itu munafik..
sedangkan maksud munafik itu sendiri dari segi bahasa, munafik membawa maksud berpura-pura. Manakala dari segi istilahnya, nifaq atau munafik ini bermakna golongan yang berpura-pura menjadi Islam atau bergelar Muslim tetapi sebenarnya tindakan, perkataan dan perbuatan mereka adalah bertujuan meruntuhkan Islam,'' contonhya mengaku islam hanya pada mulut tetapi masih lagi melakukan perbuatan yang dilarang Allah, suruhan ditinggalkan..masih lagi meneguk air syaitan, mulut apabila ditanya agama apa?jawapan masih lagi agama islam, tetapi perbuatan tingkah laku, gaya hidup tidak menunjukkan islam, masih mnunjukkan kekufuran kepada Allah


NIFAQ/MUNAFIK
MAKSUD

Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

CIRI-CIRI ORANG MUNAFIK
berdusta apabila bercakap

khianat apabila diberi amanah
bersikap melampaui batas apabila bertengkar

selalu mungkir janji

CARA MENGELAKKAN DIRI DARI MEMILIKI SIFAT NIFAQ


meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah
bercakap benar apabila berbicara
bersifat jujur dan amanah

menunaikan janji

AKIBAT BURUK JIKA MENGAMALKAN SIKAP NIFAQ
menghilangkan sikap percaya-mempercayai
melemahkan perpaduan masyarakat
menghancurkan kekuatan umat islam



Bagaimana pula denga hipokrit?

hipokrit dan munafik apa bezanya??dari segi bahasa nampak macam sama..hipokrit jika digunakan dalam istilah munafik, munafik bermaksud hipokrit terhadap agama
hipokrit bermaksud mengeluarkan kata-kata atau kepercayaan yang x tetap pendirian, hidup berpura-pura x seperti yang digambarkan..depan cakap lain, belakang cakap lain..depan tunjuk baik belakang pijak semut pun x mati..orang yang bercakap tentang dirinya tetapi tidak seperti yang diperkatakan..




Tapi adakah hipokrit perlu ada dalam diri seseorang untuk berjaya dalam hidup??

syukur alhamdulillah

syukur alhamdulillah...

sedar2 x sedar dh hmpir sthun x bukak blog..arini tibe2 rs nk tulis kt blog

dunia2..

cerita pasal sekolah........

pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun aku menjadi seorang guru sekolah menengah dan masih lagi mengajar pelajar2 upper form, tahun 2009..ak diberi kepercayaan untuk mengajar pelajar tingkatan 4, masa itu terPK gak layak ke ak ni nak ajar budak besar2, tp dh diberi mencuba la buat kali pertama tetapi memag agak payah ckit bile dgn budak besar2 ni mcm2 hal kene hadapi, pelajar2 kene wat mcm kawan,x bleh garang sangat x bleh straight sangat, sambil2 tu ak tye2 jugak lak kt cgu2 yang lebih berpengalaman mcm mane nak ajar topik ikut topik dengan baik dan lebih mudah, alhamdulillah cgu2 kat sekolah x pernah yang kedekut ilmu cume jangan wat bodoh sombong jelah, alamatlah satu benda x dapat..

tahun 2010..ak diberi kepercayaan lagi sekali untuk mengajar pelajar tingkatan 5, dari kelas yang same 2009..memang agak stress ckit mengajar, banyak perkara perlu dititikberatkan, maklumlah dorang akan mnduduki SPM tahun itu, so dalam mase yang same, ak kene wat cek list pelajar mane yang ak bleh push untuk dapat A+ dan pelajar mane yang ak boleh luluskan, banyak pengorbanan masa utk bersuka ria..alhamdulillah tahniah wat pelajar 5 Akaun 1 lulus 95% dari 81%, ada yang dulu hanya dapat gred B dapat gred A..keputusan mereka amat memberansangkan, manakala kelas 5 seni 1 pula, 12 orang pelajar yang lulus math..berbanding sebelumnya yang hanya sorang sahaja lulus..alhamdulillah syukur


tahun 2011 sekarang


tahun ni pula ak diberi kepercayaan untuk mengajar kelas yang depan kelas 5A2,4sc1, 4A1 dan satu kelas belakang 4A8..pada mulanya igtkan mudah mengajar sebab dapat kelas depan rupe2nye payah juga banyak kerenah dari kelas belakang..mm ntahla

Syukur alhamdulillah


tahun ini juga pada 13 mac yang lalu,ak sudah bergelar sebagai tunangan orang, sudah sebulan pun,ada rs kelainan ble dah ade gelaran tu, banyak perkara yg nk lakukan perlu pk trlebih dhulu baru buat, jika dlu wat sukati je, tapi ntahla ble dah de title tunangan ini terbatas ckit prgerakan, kene inform mane pegi,wat apa dsbnya

mmmm.....


tapi x kisahla...bak kate kak D, waktu tunang adlah langkah pertama sblom brgelar isteri, belajar knal dan faham antara satu same lain dgn lebih rapat, segala rahsia yang trpendam yang dlu simpan, ckit demi sdikit perlu dikongsi supaya tiada masalah hubungan selepas bernikah nanti..huhu


tapi wlupun sudah bertunang batas2 agama masih perlu dijaga kerana tunang x same dengan nikah


Tuesday, April 20, 2010

ooo...iyeke??..ooo..xpe lahhhhhhh...

salam.......wa??? lame sudah diriku tidak menulis di blog ni...
tahun 2010..memeningkan kepala ku..mcm2 hal nk di layan..berbeza ckit dr thun lpas...
keadaan sudah berbeza..atitud 'gila kuasa' menjelma...
wlupun thun sudah pun bertambah...pengalaman bertambah, sikapku yg semakin tegas...tapi diriku masih lagi dalam peringkat pembelajaran dalam meningkatkan kemantapan kerjayaku sebagai seorang guru..ak msih lg memerlukan rakan sejawatku dalam melakukan sesuatu tugasan..
Apa sahaja perkara yang memeningkan ak cube menenangkan diri dengan lebih banyak senyuman..tutup muka ku yg stress dengan senyuman..lgpun klu ditunjuk muka stressku..memang nmpk sgt..senang cite org naik nyampah tengok..org yg tengok akan rs serba salah...ak msih lg seperti thun lepas lebih banyak wat kije sendiri daripada mengambil tahu hal orang len..lgpun dlm diriku de 1 prinsip yang ak pegang..'Aku x kacau ko.so ko jgn sibuk nk kacau ak'..x kire la perkara pe pun..kcuali klu sesuatu perkara tu memerlukan khidmat nasihat dari seorang rakan.
Tahun ni ak kurang ckit makan di kantin, lebih kepada bawa bekal makanan dari rumah..Itupun de jugak yang x puas hati..tp wat pekak telinga je...Bukan pe..kdg klu x join sembang kate kite sombong..klu join sembang..mau lamenye..masa skang berjalan dengan pantasnan..lyn sembang alamat kerja ak x siap...ak memang komited ckit pd kerja tahun ni
Tahun ni juga banyak soklan2 'cepu emas' yang diajukan oleh golongan2 tertentu..tapi ak hanya senyum wat kali pertama dan kali kedua ak hanya jawab 'mak ayah saya x risau pun...relax la'
dalam hati berkata...'ak xkan nyusahkan hidup korang la'..
Tahun ni juga dapat jawatan baru..jawatan besar lak tu..menyebabkan diriku kerap di panggil oleh pihak pentadbir..so bahagian ni paling memeningkan sekali..cm2 kerenah kene layan..semua orang klu bleh x nk pegang jawatan tu..pe saje..x kira la kecik ataupun besar..tp ak ni diberi yg besar..nk x nk..ak cube lakukan yg terbaik...tp kurang ckit kerjasama...dari orang tertentu..
ak sndiri paham yang die mungkin tidak berminat/ tidak berharap akan jawatan tu..tp klu orang dh amanahkan dan dah lantik ko wat kije tu..ko watla...x kan la org len nk wat..sdangkan ms meeting bukannye ak x tye bleh ke x?de mslh ke x?x jugak bagitau?aleh2 ckp blkg..sdgkan org yang mcm ak ni handle meeting sempoi straight to the point..kurg serius pun tp de inti...
ms meeting kate ok je..xde masalah..ble bagi kije komplen cm budak2, alasan remeh temeh...x tau wat la, x siap lg la.xde printer la., byk kije la..tolonglah ak ni budak lg dr ko, klu ikutkan pengalaman rs nye ko lebih lg dr ak..ak prnh gak pegang tugas tu..tp ak belajar cmne nk wat..kire okla dapat draf pe bende nk wat..semua dh disediakan..berbanding ak dulu, ..terkontang-kanting cr format..coz fail lame xde...pelik bin ajaib..rsnye klu tgk gaye nmpk mcm konfiden leh wat kije..rupenye hampeh..so, ak ni memang malas nk lyn benda2 leweh cmtu..ak pun terpaksa tegaskan diriku...gila kuasa jap la..mmgla klu tgk ak, agk nmpk main2 gi skol..bersukaria..hepi go lucky..tp klu tang keje ak wat..jgn igt ak dok melepak..ish bengang tullll
x tau nk ckp dh...

Monday, March 8, 2010

PIRING ASTRO

Al-Fitnatu ashaddu minal qatl
Fitnah tu lebih dasyat dari membunuh...
..astaghfirullah..
Mana2 kite gi msti x terlepas kan dari orang2 yg sibuk menjaga tepi kain org..tu yg susah ble trlampau 'caring'..
'Caring' x bertempat..kite x kacau die, die sibuk kacau kite..
Disini de pepatah baru 'makan nasi lauk ulam dan sambal belacan..tambah pula hidangan istimewa daging manusia..'
sedar2 la manusia yg sebegini..semoga diriku dijauhkan dari sifat sebegini...
Masyaalllah..Astagfirullah..sesungguhnya Allah tu Maha Mendengar dan Mengetahui..
P/s: Piring Astro de di mana2..berhati-hati kawan2=).

Saturday, February 27, 2010

agak terlewat...

Tarikh hari ini sudah pun msuk 13 rabiulawal..mungkin agak terlewat sehari untuk tulis tentang maulidur rasul ni..salam maulidur rasul kepada semua kawan-kawan seperjuangan...terutama kawan2 cgu-cgu sekolah yang sedang baca..

Walaupun..nukilan blog sebelum ni agak merapu ckit..tp dalam merapu2..nukilan kali ni agak serius ckit...
Sebagai seorang saudara sesama islam, saya ingin berkongsi sedikit tentang maulidur rasul ni..semoga dalam hati kita sentiasa ada rasa rindu dan cinta terhadap baginda..usah hanya berselawat dan menyebut namanya pada hari maulud sahaja..kita perlulah sentiasa menyebut nama baginda dan berselawat x kira waktu bila..paling mudah kita amalkan selepas kita solat..ataupun sebelum memulakan perjalanan ke tempat kerja..ataupun sebelum kita melakukan kerja dalam hidup kita seharian. Namun, kita perlu memahami pengakuan bahawa nabi muhammad pesuruh Allah..Disini saya teringat akan kata Dr.Rubiah Pakar motivasi..setiap kali ceramah beliau..Beliau sering menegaskan kalimah syahadah yang kerap kita sebut sewaktu tahiyat akhir dan awal..Beliau, menegaskan jangan hanya kita tau menyebut kalimah syahadah dalam bahasa arab tetapi x tau mendalami maknanya "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku bersaksi nabi muhammad itu pesuruh Allah"..Beliau juga mengingatkan kita supaya melatih diri kita mengucap dua kalimah syahadah sebelum kita tidur.
Saya sekarang ni masih lg berada di Felda Residence Tekam berdekatan dengan bandar Jengka, Pahang..Malam tadi dalam jam 9, satu slot tentang Kasih Sayang dalam kerjays..yang disampaikan oleh Hj Samad..Sebelum beliau memulakan ceramah, beliau mengajukan soalan..Hari Apakah hari ini?tuan2 dan puan..ada yang jawab hari jumaat ada juga yang jawab maulud nabi..selepas pertanyaan itu, beliau meminta semua peserta berdiri dan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W..rs sayu hati dan aku rasa bersyukur....sebelum beliau mengakhiri ceramah..kami semua dengan berselawat ramai2 sekali lagi..
Oleh itu, kwn2 x kira dimana kita berada..janganlah diagungkan lebih2 artis lain..hanya satu IDOLA kita..iaitu baginda Nabi muhammad S.A.W..dihati kita sentiasa mengingati baginda .kita sama2 cuba mengamalkan sunnah nabi muhammad..
seperti
  • Bangun dimalam hari solat sunat tahajud
  • Membaca Al-Quran sebelum terbit matahari
  • Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh
  • Jaga solat dhuha
  • Bersedekah setiap hari
  • Sentiasa Berwudhu'
  • Amalkan istighfar setiap saat
  • Baca doa sebelum makan dan berhenti sebelum kenyang
Nabi SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia
cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga.


Thursday, February 18, 2010

bosannn..blikla kaklong n angah!

wei along di sana..ble nk blik ha..kt kdah xde pape..xkan p langkawi shopping kot..huhu..ak di sini kbosanan tau x?..nk kuar ngan angah x bleh..cam x best..huahua..pela ak ngarut..sbnrnye..xde bnda nk tulis...tp cuti ni cam bosan..coz x jln mlancong mane2..ceh ckp mcm org kaye lak..just around KL..ni sume nk kumpul duit nye psl...insyaallah akan datang de program mlancong len..hehehe..kak nor n emo sister kt lab tu msti jelesnye..hurm..igtkan cuti2 ni nk shut down psl skol tp ttp jugak nk igt ckit2..hurm..kt rumah dok explore internet ntah pape ak explore..dok bc blog orang len..rs cuti lame mcm best..tp mcm bosann..ble skol blik rs mcm nk cuti..kn best klu jadual skol tu..wat selang2 ngan cuti..sukati ak je.."ank murid bc ni abisss"..tp best gak coz alhamdulillah dpt chatting ngan presiden 2 mlm..klu dak bz mmnjang...mls nk kco..
nk hilang bosan yg de..ak dok lyn channel CTWK n NICK...lyn kartun2 yg de..ble nk matured x tau dah..tgk gaya mcm matured..tp 'child minded'..cite pling best batman brave n the bold..ak suke cite tu..coz antogonist character fuuhhh..ntah pape..lwk pun ade..batman die pun mcm2 accessories..satu2 ridiculous batman...
tp ak x lupe de satu lg cite ngarut..ak tgk ngan along n angah..manipulated mind nye..dh la men rdh je tgk cite tu..kononnye nk lpskan tension yg ade..CASE 39....ntah pape tah...cite kurg aksi..tp putar belit...nsib baik x migrain..tp x slap keesokan arinye..along jd tak sht...huhu..ciannn..tp nsib baik dah baik kan..alhamdulillah...=)

kla..xde bnda nk ngarut dh..assalamualaikum.kembalilah along n angah..huhu