Saturday, September 5, 2009

seronoknya tadarus..

Apakah konsep bertadarus yang betul..masih lagi ada sebilangan/ segelintir masyarakat tidak faham akan konsep bertadarus..macam-macam pendapat sudah didengari ada yang menyatakan bertadarus ini bertujuan mencepatkan bacaan al-quran supaya dapat khatam al-quran sebelum abis bulan ramadhan...
Sebenarnya tadarus bermaksud membaca al-quran dalam kumpulan mengikut giliran bacaan..setiap ahli dalam kumpulan tadarus sama-sama mendengar dan menyemak bacaan rakan yang sedang membaca..bukannnya membentuk satu kumpulan tadarus kemudiannya membahagi-bahagikan juzuk/ muka surat dan masing-masing membacanya dirumah tanpa ada penyemaknya..
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Saidatina Fatimah radhiallahu‘anha berkata:

“Sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah untuk memperdengarkan
bacaannya kepada Rasulullah setiap tahun sekali. Dan Jibril telah melaksanakan
yang demikian pada tahun Nabi wafat, dua kali”.

Sedangkan rasulullah membaca al-quran pun ada malaikat yang datang menyemaknya apatah lagi kita..
Konsep bertadarus yang betul:-
  • Membaca al-quran secara bertadarus, niatnya mempelajari.
  • Bukan berlumba-lumba untuk khatam Al-Quran dengan cepat.
  • Membaca dengan niat kerana Allah SWT untuk mendekatkan diri kepadaNYa
  • Membaca mengikut tertib surah, juzuk dalam Al-Quran

Terdapat beberapa kebaikan bertadarus ini:-
  1. Bacaan Al-Quran kita dari segi tajwid akan dibetulkan.
  2. Kita membantu rakan-rakan lain membetulkan bacaan mereka.
  3. Kita menimba ilmu dan berkongsi ilmu sesama rakan kita.
  4. Memupuk muafakat dengan masyarakat.