Thursday, July 23, 2009

Bola Jaring

Susah x main bola jaring ni, kalau ikutkan pengalaman bola jaring ni banyak rule nk kene ikut...
Badteacher pernah main pun masa skol dlu tingkatan 4, tapi jadi WD je..coz x tau main kan..time 2 jd minah terjun, gnti mbe kls yg xde..coz lwn antara kls ms skol teknik dlu..sronok tringat zaman dlu..anyway ckp psl bola jaring, bola jaring memerlukan 7 orang pemain termasuk la GS,GK,GD,GA,WD,WA,Centre...sume tu mgikut rule yg tertntu..so Sabtu ni membe skol ajk join men wakil cgu skol..hopefully blehla I main..nsib baik de kak CT nk ajr,die pun coach bola jaring, die ajk join pun psl kite stamina kuat, itu kak CT kate..hehe..so, INVOLVE ANything, To GAin EXPERIENCE

Tuesday, July 21, 2009

PEREMPUAN ACUAN AL-QUR'AN

(Istimewa khusus buat puteri-puteri Hawa kesayangan Adam)

Bersabda Rasulullah SAW:

"Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah."

Perempuan yang aku sayangi

Adalah pencinta agama Tuhannya

Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap

Terus menguasai perjalanan kehidupannya

Dari waktu ke waktu

Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui

Adalah yang di mata dan wajahnya

Terpancar sinar nur Ilahi

Lidahnya basah dengan zikrullah

Sentiasa muraqabah

Setiap waktu sibuk membaiki diri

Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai

Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi

Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya

Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti

Muhasabatunnafsi dilakukan selalu

Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai

Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah

Tika aku di sana dilamar duniawi

Hadirnya memperkasa Akhiratku

Sewaktu aku alpa dan leka

Lembut manjanya mentazkirah diri

Di kala aku disapa bahana

Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi

Yang bersyukur pada apa yang ada

Yang bersabar pada apa yang tiada

Cinta pada hidup yang sederhana

Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai

Menjadi dian pada dirinya sendiri

Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku

Yang bakal dilahirkan

Untuk menyambung perjuanganku

Menegak kalimah Allah nan qudus

Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi

Adalah wanita yang luhur haqiqi

Muslimah yang setia sejati

Mu'minah yang taat pada Ilahi

INDAHNYA


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

LELAKI ACUAN AL-QURAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

BRAVE URSELF TO FACE PROBLEM

sesuatu usaha yang membanggakan orang lain secara tak langsung dapat menghampakan orang lain.......kadang2 kehidupan ini sukar untuk kite tafsir, kejayaan yang kita capai mungkin ade yang boleh terima, namun sebilangan orangh x dpt terima...x kira di mana jua,kadang-kadang kawan sebelajar boleh jadi musuh, kawan sekerja boleh jadi musuh, mcm2 lah..so sebenarnye x kirala kite dimana pun, di tempat kerja pun..ada mata yang memandang, kerana semua manusia yang dilahirkan di muka bumi ini dikurniakan sepasang mata untuk melihat, sepasang telinga untuk mendengar dan lidah untuk berkata..cuma cara kita gunakan anugerah yang diberi kene betul pada tempatnya. dalam kehidupan zaman sekarang ini, kalau kita lihat tudung macam-macam fesyen wardinalah, samarinda, ekin lah, CT, manjalara macam2 jenis tudung ade, kalau kite tgk kt psr, mane2..sume promosi tudung nama mcm2..bgitu juga manusia, kita perlu tahu ragam manusia, ada yang x boleh tengok orang berjaya ckit, mesti nak cari kesalahan orang lain..tapi kita kalau jumpa orang yang macam tu kite kene tegas, tetapkan pendirian kita..kalau benda yang salah ditegur kita terima teguran..jangan menganggap diri kita sentiasa betul..kalau orang dengki x suke kt kita, biarkan lah sebab die ada hak...setiap manusia mempunyai hak untuk berperasaan macam tu, tapi ada batasan ye kawan-kawan..so, inilah yang badteacher hadapi skang kt skol, x tahulah...trime sbagai pengalaman yang boleh mematangkan kita..
DUNIA DUNIA...akhir kata BRAVE URSELF TO FACE THE PROBLEM

Thursday, July 9, 2009

SEKS SEBELUM KAHWIN??

what I'm trying to say is about pengajaran tentang seks sebelum kahwin..tapi bukannye ajar budak cara mcm mana, tp keburukan sek sebelum kahwin dan langkah menghindari dikalangan pelajar sekolah..kalau mengikut sukatan memang ade, tp bagaimana cara kite nak menyampaikan kepada pelajar yang berbilang kaum, berbeza agama, berbeza jantina. disini bad teacher hadapi masalah ckit apabila nak mmulakan pengajaran. bad teacher memulakan pengajaran dengan menegaskan kepada pelajar topik ini berkaitan dengan KESIHATAN....then I told them, they have to be open minded...tp tulah kite sebagai guru kene meluaskan sedikit ilmu yang kita ada sebelum mengajar topik yang seperti ini kepada pelajar...preparation of coz la...but got a little problem ble nak sampaikan pada pelajar yang berlainan jantina dengan kita...so, kalau nak tau bad teacher memang sokong pengajaran seperti ini ada di sekolah-sekolah hal ini kerana bangsa kita sendiri terlalu lemah, banyak kes-kes seperti pembuangan bayi, rogol, cabul semuanya berkaitan.. so pendidikan seks merupakan satu langkah yang serba sedikit dapat membantu pelajar-pelajar kita yang agak kurang pandai ckit tu jadi cerdik...

Wednesday, July 8, 2009

cikgu garang??.....takutnye........

kadang-kadang kite sebagai guru perlu pandai mengharungi keadaan sekolah yang agak celaru, complicated, penuh dengan beban kije..tp kalau difikirkan budak-budak zaman sekarang yang lahir dalam dunia moden dan futuristik ni susah sebenarnye..bagi bad teacher,kalau garang maybe student tak nak belajar, kalau mereka nak belajar pun mungkin kerana takutkan guru yang garang, takut kene dendalah apelah..nak bandingkan zaman bad teacher jd student dlu berbeza berbanding zaman sekarang ni..kalau dulu usah kata masa sekolah rendah? sekolah menengah pun kene rotan..kene rotan setakat pasal tak dapat jawab sifir, tak ingat pe yang cikgu ajar semalam, tak bawak buku, tak siap kije sekolah dh kene rotan..tp zaman sekarang lain, kalau dirotan dikatakan mencederakan pelajar, kalau bagi denda berdiri dalam kelas kerana tak siap homework dikira sebagai DENDA..tak tahulah..memang agak payah sikit mula2 bad teacher jadi guru..payah sikit nak paham ragam budak then nk relate kan dengan batasan yang ditetapkan...tapi Bad teacher sebenarnye tak suka jadi garang-garang ni, bad teacher cube ubah prangai yang mcm tu..bagi bad teacher 'BIAR MESRA ASAL TEGAS'. bad teacher lebih suke mcm ni, seperti yang bad teacher kata jangan biarkan budak belajar kerana cikgu yang garang. bad teacher nak tanamkan minat belajar budak-budak pada pelajaran..NO NEGATIVE STRESS...so, itu hanya pendapat bad teacher

Sunday, July 5, 2009

ALLAH knows better...NO...ALLAH knows best...

ALLAH knows better...NO...ALLAH knows best...

Somebody once told me that,” finding the right person is very hard and very wrong… it is best to be the right person for the one you love and start from there…you’ll always end up disappointed when you set standards and define a ‘right person’ for you…and don’t rush things…’coz somewhere somehow ALLAH is preparing somebody for you.”

You can never be perfect…the person you love can never be perfect…but both of you can be perfect through love and prayers, and your love can be perfect through the both of you. But, no relationship is complete without ALLAH…that’s why we have marriage…it’s a bond not only between you and your loved one…but also with ALLAH.

Our relationship fail not because (s)he’s not the right person…it’s because we expected too much and we decided on our own…let ALLAH do the work…you may call it waiting time…but while you are waiting…pray. Let ALLAH guide you always…

HE knows better. NO, HE knows best.

More frequently than not, we all in a hypocritical manner for some reason.

We call it love when we can’t leave someone and see them crying as we try to let go. We are wrong, it’s just pity.

We call it love when we’re too attached and think that losing the one we love will somehow make us weak and unable to face the storms of life. We understood, it’s just we’re too much dependent on them.

We call it love when we give our whole life to them, the wholeness of us and imaged that if they leave no one would accept us and our past. We are mistaken, it’s just insecurity.

But no matter what the definition is, the truth still remains that love isn’t something you can buy nor beg. It is real and existing.

You can’t touch it but you can feel it in your heart.

You can’t find it, but it will knock before you when you least expect it to come.

It can make you the happiest soul in heaven, but don’t forget it also can make you the most miserable person in the whole galaxy.

5 syarat

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"
"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"
"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"
"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"
"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.